Wednesday, 29 August 2012

puasa enam......

alhamdulillah....kakak mimi dah dapat 4 ari puasa sunat enam....terharu jugak sbg ibu....tak sangka,kakak mimi bersungguh2 dan mahu buat puasa enam.....

       hanya bertanya awalnya..."kakak,best x puasa..?"...."best!!!!,dapat pahala..."...."so,nak pahala lg x???"......."nak,nak...."......."

so,berilah keterangan serba sedikit tentang puasa enam.....seraya dia kata..."nak buat puasa enam........."................

      itulah syamimi syazwani.....anak yg senang diajar...seawal usia 2 tahun,dia boleh menulis huruf dan abjad.....pd usia 5 tahun,dah mula pandai membaca......senang dalam segala hal.....berdikari tetapi adakala amat sensatif......nama pun gegirl kan...hehe

lg 2 hari dah cukupkan puasa sunat di bulan syawal ini....harap kakak mimi terus kuat dan cergas.......amin....
syamimi syazwani binti masnorman

salam Aidilfitri......

assalamualaikum......
sempena bulan penuh mulia ini.....sy dan keluarga ingin memohon maaf atas segala silap dan salah baik dari segi tutur kata dan laku....

halalkan segalanya...dan semoga aidilfitri disambut meriah dan dalam kadar bersederhana.....amin.....

paling seronok raya2 ni sapa lg....anak2 ler.....hehe

kakak mimi ponteng 2 ari posa......
adik fifi ponteng terus.....huhu...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Friday, 17 August 2012

hujung ramadhan.......

sedar x sedar.....kita sedang menhampiri hujung ramadhan....semalam kakak mimi terpaksa buka posa,cirit birit...mkn nasi arab kot....hehe...adik fifi pun sama...mujur mummy mkn sikit,so kene lambat sikit....ptg baru perut meragam....daddy mkn nasi yaman,muntah...kebetulan pulak gastric daddy x pulih lg....kesian insan2 ku syg nie.....

dlm dekat nak smbut syawal nie...terasa sebak pula...nak tinggalkan ramadhan....harap tahun depan,dapat ketemu lg dgn bulan mulia nia.....

sambutan raya????biasa2 shj.....bersederhana spt tahun2 biasa....

apa yg pasti....bulan ramadhan,bulan mendidik....syawal pula....bonus bg yg meraikan ramadhan itu.....

alhamdulillah,tahun ini,dpt lg sambut ramadhan...mgkin esok,pjg umur,dpt kita sambut syawal.....amin....

Tuesday, 14 August 2012

SOLAT SELEPAS HAID.....mungkin kita tak tahu,bukan x nak amik tahu...sekarang dah tahu,kene praktik.....


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple : bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

3. Ada pun pendapat yang mengatakan memadai jika kita dapat takbiratul ihram maka wajib kita solat time darah dah kering.


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Monday, 13 August 2012

alhamdulillah.............

tiap2 hari tepon anak2.....tanya kakak,posa x????posa......jawab kakak...alhamdulillah....setakat ni baru sehari kakak ponteng....
kalau adik fifi pulak...x abis2 dgn pelat dia bertanya...mummy kat mane???daddy bua ape????hehe......mereka ni penglipur lara......

    tahun lepas kakak dapat posa 20 hari.....harap2 tahun ni dia dapat sudahkan hingga 30 ramadhan kelak....
dalm mendidik anak....sy dan suami gunakan konsep jujur dan telus.....utk posa,kami beritahu dia,kenapa perlu puasa,siapa kene puasa,smpai bila kene puasa,apa perlu buat dan tak boleh buat masa berpuasa.....
yes!!!!!org akan kata.....kakak mimi masih kecil...x perlu nak citer detail2....tp bg sy dan suami....apa2 info kita salur pada anak akan jd input utk mereka....mereka kan ingat.....sampai bila2,insyaALLAH.....

so,ada cite nak share.....nnt kita cont lg....arini keje ptg....nak sidai kain jap....
(daddy x sihat....semalam kene gastric,masuk drip 1 paint,gastric regime....x pasal2 kene insert branula....kesian daddy.....hopefully,arini daddy sihat ceria)................

PERCUBAAN MEMBUAT TUDUNG UTK ANAK2

ASSALAMUALAIKUM.....
 penat cari kat internet,kedai2 tudung.....susah nya nak jumpa tudung yg cantik utk kakak mimi dan adik fifi...
try buat sendirilah...huhu....

kain daddy yg pilih...mummy potong kain tudung tu....jumpa tailor,mintak tailor jahitkan....(mummy x reti jahit pakai mesin,jahit sembat bole ler....)

                                               finally,terhasillah tudung utk kakak dan adik...



tudung utk adik fifi.....









ni utk kakak mimi....

Tuesday, 7 August 2012

SYAMIMI DAH PONTENG SEHARI........

ASSALAMUALAIKUM.......

lucu dgr celoteh anak sulung saya ni......dan ponteng sehari berposa.....nenek tak sedar,katanya.....hehe
almaklumlah,nenek dgn cucu....x sampai hati tu lebih....kesian.....

hari ni dah 19.ramadhan.....alhamdulillah......

minggu ni,minggu test bulanan kt sekolah kakak mimi.....bila ditanya....jawabnya....OK sajer.....
mudah2an.....dipermudahkan.....

hadiah utk anak2 dari mummy dan daddy......telekung dari KOLEKSI IEMAN....